Rebut peluang amal jariah di malam-malam penuh barakah
Sumbang Sekarang"Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat dikala kebanyakan manusia tidur."
– (HR. At-Tirmidzi)
"Sesungguhnya orang mukmin akan berada di bawah naungan sedekahnya pada hari kiamat."
– (Hadis Riwayat Ahmad)
Maahad Tahfiz Darul Falah merupakan institusi pendidikan Islam yang berfokus kepada pengajian Al-Quran dan penghafalan di samping mengintegrasikan ilmu akademik. Kami bertekad untuk melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja mantap dalam penghafalan Al-Quran tetapi juga cemerlang dalam akademik dan memiliki akhlak yang mulia.
Di 10 malam terakhir Ramadan yang penuh keberkatan ini, kami mengajak anda untuk menyumbang ke arah:
Di 10 malam terakhir Ramadan, amalan kita diberi ganjaran berlipat kali ganda. Rebut peluang ini untuk:
Pembangunan institusi pendidikan Al-Quran yang akan memberikan manfaat berterusan
Memberi peluang pendidikan tahfiz kepada mereka yang memerlukan
Melahirkan generasi penghafaz Al-Quran yang berilmu dan berakhlak mulia
"Sesiapa yang mengasihi (mengurus) anak yatim di kalangan kaum Muslimin untuk makan dan minumnya, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali dia melakukan dosa yang tidak terampuni."
– (HR. Tirmidzi, No. 1917)
Gandakan pahala anda dengan menyumbang kepada pembangunan institusi Al-Quran dan membantu pelajar-pelajar yang memerlukan di 10 malam terakhir Ramadan yang penuh keberkatan ini.
"Sedekah itu tidaklah akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya."
– (HR. Muslim)